Kriteria dalam pemilihan Aircond

Assalamualaikum readers... terima kasih kerana setia menjadikan blog kami sebagai rujukan dalam berkaitan aircond. Terdapat beberapa kriteria yang boleh di gunakan semasa membuat pemilihan jenis aircond yang bersesuaian dengan ruang dan kawasan di dalam rumah kita. Berikut merupakan beberapa kriteria yang boleh folow semasa pembelian aircond:
-
-
1.  Untuk aircond di rumah kebiasaannya kita akan gunakan aircond jenis wall-mounted dan kalau aircond untuk industri seperti ofis yang mempunyai keluasan yang besar akan menggunakan aircond jenis aircond ceiling.
2.  Pemilihan aircond akan mempengaruhi ruang dan keluasan di dalam rumah itu sendiri sama ada aircond tersebut di tempatkan di ruang tamu atau di bilik tidur. Bagi Master Bedroom & Family Area ni, perlukan aircond kapasiti 1.5HP kerana keluasannya melebihi 17 meter persegi. Kalau 1HP, maksimum area boleh cover hanyalah 17m²
3.     Pemilihan berdasarkan fungsi ionizer iaitu macam air purifying. Ia bersesuai untuk individu yang sensitif atau alergik dengan habuk, bulu-bulu kucing, arnab, individu yang mengalami batuk-batuk pun sesuai untuk mengambil aircond yang mempunyai fungsi seperti ini.
4. Selain itu, aircond yang mempunyai fungsi inverter iaitu penggunaan elektrik bertaraf 5 bintang. Aircond inverter merupakan aircond yang berfungsi sebagai aircond jimat elektrik di mana ia mempunyai fungsi auto cool down bila dah sejuk dan ia bersesuaian bagi pengguna yang ingin memilih aircond 2hp dan keatas. Harga bagi aircond inverter ini lebih mahal daripada aircond non-inverter.
5. Penggunaan gas yang ada pada aircond juga merupakan kriteria yang perlu pengguna ketahui. Pelbagai jenis gas aircond yang terdapat dalam pasaran masa kini seperti gas R22, R32, R410 dan sebagainya. 
6. Model atau brand aircond juga memainkan peranan penting dalam pemilihan aircond. Ia sama seperti kita membuat pemilihan dalam pembelian kereta. Jenama yang top dan mahal di anggap berkualiti. Dan terdapat juga jenama yang harga mampu milik seperti haier, gree dan midea.

p/s: UNTUK BOOKING SLOT WASSP 013-6749544 DAN LAYARI FACEBOOK KAMI "YM AIRCOND SERVIS'





 


Comments

Popular posts from this blog

CARA JIMAT PENGGUNAAN ELEKTRIK UNTUK AIRCOND

Aircond TAHAN LASAK

GAS R32