APA ITU INVERTER?
Air conditioner adalah salah satu peralatan rumah yang paling banyak menggunakan elektrik.
Maka jika anda memilih akan memasang air conditioner di rumah, sudah sewajarnya anda akan memilih AC yang menjimatkan elektrik. Disinilah peranan teknologi inverter boleh dimanfaatkan. Untuk menjelaskannya secara mudah difahami, saya gunakan proses setting suhu sebagai contoh.
-
-
Jika di siang hari cuacanya agak panas anda memilih suhu 25° C pada AC non inverter, kompressor air conditioner automatik akan mati sendiri ketika suhu bilik sudah dibawah 25° C, dan akan hidup lagi pada saat suhu bilik naik 25°C ke atas. Hal ini akan terus berulang dan akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak terbuang sia-sia sahaja.
-
-
Selain itu gangguan oleh adanya bunyi yang terhasil dari kompressor air conditioner yang hidup dan mati berulang-ulang kali dapat dihindari sekiranya menggunakan AC inverter. Pada AC inverter, anda boleh untuk menjaga ruangan pada suhu tertentu tanpa air conditioner harus hidup dan mati berulang-ulang kali.
-
-
Pada air conditioner, teknologi inverter terintegrasi di dalam unit outdoor. Kompressor AC didalam unit outdoor mengubah tingkat kompresi refrigerant, maka dalam proses tersebut membolehkan pengaturan suhu. Pada kenyataanya, pengaturan ini diperoleh dari perubahan kecepatan motor didalam kompressor AC. Kerana kecepatan motor dapat dikontrol dengan halus pada pelbagai tingkat, inverter control membolehkan air conditioner bukan sahaja boleh menjimatkan elektrik, namun juga mampu melakukan pengaturan suhu yang lebih baik. Fungsi kunci dari inverter ini terletak pada komponen yang disebut microcontroller.
Comments
Post a Comment