CARA JIMAT PENGGUNAAN ELEKTRIK UNTUK AIRCOND



Aircond merupakan penyumbang kadar bil elektrik yang tinggi. Ada beberapa cara nak kurangkan kadar bil elektrik semasa penggunaan aircond terutamanya ketika cuaca atau musim panas.
1.      Beli Aircond pada HP yang mencukupi. Lebihkan sikit HP tu. Cara kiraan dia (luas ‘kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12’x10’. ((12’x10’) x 60) / 9000 = 0.8hp. Ada juga yang mengatakan aircond 0.5HP dah cukup bagi bilik yang kecil. Tapi sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power. Tujuan dia ialah untuk mengurangkan pergerakan compressor. Makin banyak Compressor bergerak, makin tinggi elektrik yang di gunakan. So, kalau kita nak Compressor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat menjimatkan elektrik.

2.      Menggunakan Aircond yang ada teknologi inverter. Inverter ini bertujuan untuk menstabilkan penggunaan motor atau Compressor. Apabila elektrik berada pada tahap Compressor yang lebih stabil, so kita dapat menimatkan penggunaan tenaga elektrik. Ia juga berkaitan dengan graf electricity comsumption. Bagi yang menggunakan aircond jenis inverter tidak perlu on Aircond pada kekerapan yang tinggi. Ini kerana Inverter hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4 jam.

3.      Setkan Aircond pada cara yang betul. Kebiasaanyya, cara ini majoritinya ramai menggunakan dengan tidak berhemah. Selalunya para pengguna akan set pada satu suhu sahaja sehingga ke pagi baru off. Idea yang terbaik apabila sampai di rumah, buka Aircond pada suhu terendah iaitu 16 deg dan kipas yang paling kuat dan biarkan bilik itu selama lebih kurang 30 minit ke 45 minit. Lepas tu setkan Aircond pada suhu 26 deg atau 25deg. Ini ialah suhu sesuai untuk tidur. Kipas pula setkan separuh. Bila kita gunakan Aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru on. So, Compressor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Macam kayuh basikal, start kayuh kan banyak guna tenaga tapi lama-lama dah boleh maintain. So, kalau kita setkan Aircond tu pada setting yang sama je sampai ke pagi, Compressor akan kerja lebih dan menyebabkan bil elektrik melambung.
Full Servis Chemical : Compressor
4.      Jangan terlalu kerap selalu on dan off. Ini biasa berlaku bila tidur. Agak sejuk je, off terus Aircond. Bila rasa panas on balik. Ingat ye Aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna.

Chemical Servic: Indoor
5.      Service Aircond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali. Paling limit pun setahun sekali. Aircond yang tidak di servis akan membuatkan Aircond tu dah tak berapa nak sejuk. So, secara langsung kita akan sentiasa kerap on tuka setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor. Dah kene keluar kos yang berlebihan kalau dah terlalu lama tidak servis, aircond pun boleh rosak. 

p/s: UNTUK SLOT BOOKING PEMASANGAN / SERVIS 013-6749544

Comments

Popular posts from this blog

Aircond TAHAN LASAK

GAS R32