TEKNIK PANDUAN ASAS PENJAGAAN AIRCOND DI RUMAH SUPAYA AIRCOND SENTIASA SEJUK



Penjagaan INDOOR
·         Filter / penapis udara
Penjagaan filter. Perkara ini sangat - sangat mudah. Tapi yang mudah inilah orang susah nak jaga dan buat. Sebab itu, jika rumah anda tidak sejuk, cuba anda lihat keadaan filter anda. Macam mana keadaannya. Penapis anda tersumbat, kotor atau tidak. Kalau kotor, besihkannya menggunakan air.


Caranya begini. Ambil filter, cuci dengan air, ketuk - ketuk untuk buang air, pasang. Kerja hanya mengambil masa 3 minit sahaja. 3minit ini mampu memanjangkan hayat aircond anda. Tapi, apa yang anda akan dapat jika menjaga filter? Anda akan dapat Copper Finn yang berkilat dan bersih.


·         Copper Finn / Aluminium Finn / Sirip – sirip
Tujuan Sirip aircond ini adalah untuk membebaskan hawa sejuk yang akan ditarik oleh blower. Sirip ini sangat nipis dan lembut seperti helaian buku. Tips penjagaan copper finn adalah dengan membersihkan dengan menggunakan berus cat atau berus gigi. Jaga - jaga, finn itu tajam dan lembut. Pastikan anda berhati - hati ketika melakukan kerja dengan memakai glove.


·         Blower
Blower adalah blow angin. Macam tiup angin dari mulut. Haaa. Tahu dah kan. Sama juga seperti kipas. Jadi, apa kaitannya blower dengan penjimatan elektrik? Apa akan terjadi apabila kipas banyak habuk?


Efficiency kurang. Kipas menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila kipas menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan kipas. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan kipas? Bil Elektrik tinggi laaa.

Apa akan terjadi apabila kipas banyak habuk? Efficiency kurang. Kipas menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila kipas menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan kipas. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan kipas? Bil Elektrik tinggi laaa.

Cara nak membersihkan blower adalah dengan membuka dahulu louver. Kemudian ambil berus cat yang panjang bulunya, kemudian bersihakan perlahan - lahan. Buat sampai bersih dan puas hati.

Penjagaan OUTDOOR
·         Fan
Cuci fan dengan berus sabut.

·         Copper Fin
Untuk bahagian luar, tujuan sirip ini adalah untuk membebaskan haba panas secepatnya yang terhasil dari compressor. Copper finn lembut dan tajam. Hati - hati semasa melakukan kerja pembersihan.

Ambil gayung yang ada sedikit air dan berus sabut, kemudian cuci fin sehingga nampak bersih. Pastikan, air tidak masuk ke bahagian elektrik dan board elektronik.

Kalau terkena, sia - sia sahaja buat kerja ni. Mahal tuu board elektronik.

·         Compressor
Anda tidak perlu membuka compressor, biarkan sahaja compressor itu. Bagaimana compressor berfungi?

Compressor ini akan dapat signal dari thermostat. Thermostat yang akan mengawal suhu bilik anda. Contoh anda setkan 18 degree Celcius, compressor akan terus running untuk maintainkan temperature 18 degree C. Apabila telah sampai 18 C, thermostat akan berikan signal kepada compressor supaya tidak running.

Jika suhu sudah 19C, thermostat akan memberikan semula signal kepada compressor untuk running.

Sebab itu, anda harus menutup pintu bilik semasa menggunakan aircond. Ini untuk mengelakkan kehilangan suhu sejuk.

Antara paling banyak menggunaan tenaga elektrik adalah COMPRESSOR

Comments

Popular posts from this blog

CARA JIMAT PENGGUNAAN ELEKTRIK UNTUK AIRCOND

Aircond TAHAN LASAK

GAS R32