GAS R32
Kemunculan gas ini telah lama dan telah pun digunakan zaman dahulu lagi utk certain unit pendingin dan penyejukbeku tapi ianya tidak dikomersilkan kerana terdapat perjanjian kontrak jualan dgn syarikat di Eropah untuk menjual gas jenis R22 untuk aircond rumah dan kemudian selepas habis kontrak R22 disambung dgn R410a pula selama beberapa tahun. Kini kontrak R410a sudah tamat dan sudah diperkenalkan semula gas R32 untuk kegunaan rumah dan kilang.
-
-
Walau bagaimanapun R22 dan R410a masih dijual tapi dihadkan utk setiap keluaran dlm masa tertentu. sedikit demi sedikit akan dikurangkan sehingga tahun 2030 akan ditamatkan terus dari dijual. Bagi yg masih guna aircon lama anda digalakkan tukarlah ke aircon gas R410a atau R32.
-
-
Beberapa jenama yg dikenalpasti telah mngeluarkan model jenis R32 iaitu Panasonic dan Daikin.
Dikatakan kontrak gas R32 ini dari 2017 hingga 2030 oleh European Regulation CE517/2014.
-
-
Kebaikan R32
- ODP Sifar ( ozone depletion percentage)
- Satu pertiga daripada komposisi R-410A.
- Tidak perlu kuantiti yg banyak dalam unit aircon kerana ia mempunyai keupayaan volumetrik 20% lebih tinggi (memenuhi ruang) dan ketumpatan yg rendah
- Tekanan tepu yang sama, dan proses penghasilan gas ini lebih mudah.
- Suhu kritikal yang lebih tinggi dengan itu lebih cepat haba dlm bilik diserap dan cepat lagi sejuk berbanding gas2 lain.
- Tahap toksik sedikit lebih tinggi dan lebih berhati-hati diperlukan untuk menggunakannya berbanding gas2 lain.
- Suhu pelepasan yang lebih tinggi akan menyebabkan minyak dalam compressor yang boleh merosakkan beberapa komponen di dalamnya. Mestilah dikawal suhu pelepasannya terhad kepada tahap yang boleh diterima.
Antara gas R410a, R134a (kenderaan), R32 lebih kurang pencemaran dari segi pemanasan global (rumah hijau) berbanding gas2 tersebut. R22 pula menghakiskan ozone.
-
-
Perlu diingatkan pda tuan puan bahawa gas ini sangatlah mahal dan technician terpaksa caj mahal jika gas kurang atau terdapat kebocoran. Dari segi installation sama harga dgn inverter kerana guna piping yg tebal seperti model R410a. Tak silap saya tong kecik R32 berjisim 3kg berharga RM150 dibandingkan dgn gas2 lain RM330 setong untuk 14kg.
Comments
Post a Comment