1. Dah menjadi satu kepentingan pada masa kini di mana aircond menjadi satu keperluan di dalam rumah. Ibaratkan tanpa aircond rumah tidak akan lengkap dan tidak menyenangkan untuk stay lama2 dalam rumah. Oleh itu, perkara yang penting bila pertimbangkan soal pemilihan aircond yang mana bersesuaian adalah berdasarkan keluasan atau ruangan yang kita nak tempatkan aircond tersebut. Sama ada di dalam bilik, ruang tamu atau sebagainya. Ini kerana ia berkait rapat untuk mengetahui kuasa kuda yang mana ngam dengan keluasan dan ruangan untuk tempatkan aircond tersebut. 2. Apa yang kita ketahui, ya semua aircond adalah sejuk tetapi yang harus kita ambil port adalah ciri-ciri tambahan yang ada pada aircond tersebut sama ada inverter atau non inverter. Ini juga merupakan salah satu perkembangan yang terbaru dalam industri aircond. Kadang kala, reka bentuk aircond itu sendiri juga memaikan peranan yang penting dalam pemilihan aircond. Ada ...